Peraturan

                      PERATURAN TASKA

·        Taska Cahaya Botania bertanggungjawab mengasuh, menyediakan makanan, alat-alat permainan, kelengkapan pembelajaran, serta mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa di Taska ini.
·        Taska ini dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 pagi hingga 6.00 petang, kecuali pada cuti umum

A)    MAKANAN DAN MINUMAN SEIMBANG
·        Taska Cahaya Botania bertanggungjawab mengasuh, menyediakan makanan, alat-alat permainan, kelengkapan pembelajaran, serta mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa di Taska ini.
·        Taska ini dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 pagi hingga 6.00 petang, kecuali pada cuti umum.

B)    PERALATAN YANG PERLU DIBEKALKAN
( i )    Pakaian yang sesuai untuk kanak-kanak (4 set sehari)
( ii )   Berus gigi, sabun mandi dan keperluan lain
( iii ) Susu, botol susu, dan nestum untuk bayi 18 bulan ke bawah.
 ( iv )  Bedak, losyen, sikat dan syampu.
 ( v )    Tuala perlu ditukar 2 hari sekali.
 ( vi )   Plastik untuk pakaian kotor.
PERHATIAN : ( ii ), ( iii ) dan ( iv ) ditinggalkan di Taska.
Diminta ibu bapa melabelkan ke semua peralatan atas nama kanak-kanak.

 D)    CUTI
·        Taska akan memberikan senarai cuti tahunan dan diharapkan ibu bapa akan mematuhinya. Jika cuti termasuk cuti sekolah/cuti bersalin, maka bayaran yang dikenakan seperti biasa. 

   E) KESIHATAN
  • ·        Taska mengambil berat akan kesihatan kanak-kanak. Ibu bapa dinasihatkan untuk membawa kanak-kanak ke klinik terlebih dahulu sekiranya didapati kurang sihat.
  • ·         Ini adalah untuk mengelakkan agar penyakit tidak berjangkit kepada kanak-kanak yang lain.
  • ·        Sekiranya kanak-kanak secara tiba-tiba kurang sihat di Taska, pihak Taska akan menghubungi ibu bapa dan dengan kebenaran ibu bapa, pihak Taska akan membawa kanak-kanak ke klinik terdekat dan bayaran klinik akan dituntut semula dari ibu bapa. 

   F)   PENGAMBILAN KANAK-KANAK
Kanak-kanak tidak akan diserahkan kepada mana-mana ahli keluarga oleh pihak Taska KECUALI DENGAN KEBENARAN BERTULIS daripada ibu bapa.



No comments:

Post a Comment